PERKHEMAHAN BERSEPADU KOKURIKULUM SMKPS SELAMAT DIJALANKAN

Peserta dan guru bergambar sebelum pulang

Peserta dan guru bergambar sebelum pulang

Oleh: Mustaffa Siraj

Pontian, 29 Mei – Perkhemahan bersepadu Kokurikulum SMK Penghulu Saat selamat dijalankan  petang ini. Perkhemahan tiga hari dua malam itu (27-29 Mei)  membabitkan 80 pelajar dan 13 orang guru bertempat di Kem Kaizen, Gunung Pulai Pontian.

Peserta diberi taklimat sebelum kembara belantara

Peserta diberi taklimat sebelum kembara belantara

Pelbagai pengisian diadakann sepanjang perkhemahan. Antaranya, kembara malam, membina gajet, malam kebudayaan, kembara belantara, kuliah maghrib dan subuh dan merempuh halangan. Peserta dibimbing jurulatih , Encik Zakaria Omar.

Persembahan peserta pada Malam Kebudayaan

Persembahan peserta pada Malam Kebudayaan

Dalam acara kembara belantara, peserta perlu melalui kawasan hutan, anak sungai dan pendakian sebelum sampai ke puncak gunung. Dalam acara merempuh halangan, peserta perlu berjalan di tiang licin, berjalan di tali merentasi kolam, menaiki rakit dan bergayut merentasi kolam.

Peserta berjalan di batang kayu yang licin

Peserta berjalan di batang kayu yang licin

Sepanjang perkhemahan, peserta menunjukkan tahap disiplin yang terpuji dan sentiasa bekerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan matlamat aktiviti.

Kem komanden, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan perjalanan perkhemahan dan berharap situasi begini dikekalkan pada masa yang akan datang.

Sebahagian daripada guru yang turut serta

Sebahagian daripada guru yang turut serta

Peserta selamat kembali ke SMKPS jam  petang 29 Mei 2014.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s