LAWATAN KE PADANG DAN BUKIT TINGGI, INDONESIA

Foto kenangan di hadapan Muzium Minangkabau, Padang

Foto kenangan di hadapan Muzium Minangkabau, Padang

Oleh: Mustaffa Siraj

Indonesia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Maka guru-guru penolong kanan kokurikulum Batu Pahat pada 31 Mei hingga 3 Jun telah mengadakan lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Seramai 30 orang telah turut serta.

Sebaik tiba dengan pesawat Air Asia di lapangan terbang Minangkabau, Padang, kami dibawa ke  Muzium Minangkabau, Di situ kami melihat  banyak khazanah Minangkabau sejak zaman berzaman dipamerkan. Salah seorang pemimpin mereka suatu masa dahulu ialah Imam Bonjol. Antara yang dipamerkan ialah senjata, pakaian, alat kebesaran dan rekod bertulis.

Foto di hadapan muzium Pak Hamka

Foto di hadapan muzium juga rumah kelahiran  Pak Hamka

Pada hari kedua, kami dibawa melawat ke Istana Pagar Ruyung,  Reka bentuk istana Minangkabau itu unik. Dibina daripada kayu keras yang tahan dan di situ juga dipamerkan pakaian, perhiasan, replika pelbagai manusia pada zaman itu yang lengkap berpakaian. Memang berwarna-warni perhiasan dalam istana ditambah dengan ukiran-ukiran serta motif yang menarik.

Foto di dalam istana Pagar Ruyung

Foto di dalam istana Pagar Ruyung

Kami juga melawat ke muzium ulama terkenal Indonesia, Buya Hamka. Jalan ke sana melalui kawasan berbukit bukau yang curam dan berliku. Ada lebih 44 liku untuk ke Danau Maninjau itu. Kami mendengar penerangan Pak Hanif, keturunan Pak Hamka. Kami diberitahu Pak Hamka seorang ulama tersohor, penulis ratusan karya dan juga pejuang nasionalis menentang Belanda dan Jepun.

Pak Hanif sedang memberi taklimat

Pak Hanif sedang memberi taklimat

Satu perkara yang menarik di sini, apabila ada peristiwa besar seperti perkahwinan dan kematian, individu atau syarikat akan menempah papan iklan yang cantik untuk mengucapkan tahniah atau takziah. Sebagai contoh, kami dapat lihat papan iklan yang cantik berkaitan satu majlis kahwin di hotel tempat kami menginap.

Papan iklan majlis perkahwinan

Papan iklan majlis perkahwinan

Sepanjang di sana, kami bermalam di hotel  di Bukit Tinggi.  Dengan ketinggian melebihi 1,000 meter, Bukit Tinggi agak dingin dan nyaman. Kami dibawa melawat mercu tanda Bukit Tinggi, iaitu Menara Jam Gadang yang cantik.Kami juga melawat terowong yang dibina tentera Jepun pada tahun 1942. Terowong itu terletak 42 meter di bawah tanah dan sepanjang 300 meter. Di dalamnya tempat menyimpan senjata. pejabat tentera, penjara dan tempat persembunyian.

Mercu tanda Bukit Tinggi: Menara Jam Gadang

Mercu tanda Bukit Tinggi: Menara Jam Gadang

Selain membeli belah pelbagai barangan Indonesia seperti kain tenunan dan telekung yang bermutu tinggi, kami juga berpeluang menaiki kereta kuda di Bukit Tinggi, satu pengalaman yang menarik! Pada malam hari, kami berpeluang menyaksikan persembahan lagu dan tarian Minang, yang dipersembahkan oleh Kumpulan Sakato. Antara yang dipersembahkan ialah lagu Ayam Den Lapih, tarian piring dan persembahan memukul gendang.

Menaiki kereta kuda di Bukit Tinggi

Menaiki kereta kuda di Bukit Tinggi

Persembahan gendang kumpulan Sakato

Persembahan gendang kumpulan Sakato

Sepanjang kami melawat pelbagai tempat di sana, kami melihat kawasan sawah padi saujana mata memandang. Pemandangan sungguh cantik dan memukau, apatahlagi melihat desa sayup dari kawasan tanah tinggi Saya juga baru tahu bahawa istilah dalam pelbagai lagu Minang seperti  Biaro, Pandai Sikek, Batu Sangkar dan sebagainya, seperti lagu Ayam Den Lapih, merupakan nama tempat di sana.

Sebuah desa dilihat semasa dalam perjalanan ke Danau Maninjau

Sebuah desa yang indah dilihat semasa daalm perjalanan ke Danau Maninjau

Pengalaman melawat ke Padang dan Bukit Tinggi merupakan pengalaman berharga buat kami dan penuh berinformasi. Insya-Allah , kami ingin datang lagi!

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to LAWATAN KE PADANG DAN BUKIT TINGGI, INDONESIA

  1. Aziman says:

    Assalamualaikum…
    Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Padang Bukittinggi untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.hadiah menarik menanti anda.
    Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.
    Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
    http://freelancetour.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s