CATATAN TERAKHIR DI BLOG INI

DSCN2949
Assalamualaikum wbh

Setiap yang mula akan berakhir. Begitulah perkhidmatan saya sebagai guru di SMKPS. Setelah bertugas sejak 6 Januari 2006 hingga 14 Ogos 2014, saya melalui masa 8 tahun 8 bulan di sini. Saya bakal menjadi GPK Pentadbiran di SMK Tun Ismail, Batu Pahat.

Hampir 9 tahun saya di sini, pengalaman yang manis dan berharga sekali . Banyak kenangan manis tercipta. Di bidang olahraga, kita sentiasa berada dalam Top 7, malah pernah mendapat naib johan keseluruhan tahun 2009. Dalam permainan, kita mencipta nama dalam bola baling, bowling, takraw, hoki, skuasy dan ping pong. Kemuncak kejayaan ialah johan kebangsaan Portable Cooking With Nature tahun lalu.

Dalam koakademik lainnya, kita juga ada mencipta kejayaan. Tiga kali johan daerah dalam pantun, johan deklamasi sajak, kuiz perdagangan , bot solar, kereta solar dan mendapat tempat dalam drama Komsas. Pendeknya kejayaan yang menceriakan seluruh warga sekolah.

Jujur saya katakan,  saya amat gembira bertugas di SMKPS. Tiga kali saya menolak tawaran  pergerakan ke jawatan lebih tinggi kerana rasa gembira dan selesa di sini. Pengetua lama dan baru memberi sokongan yang amat baik kepada saya untuk menjalankan tugas, baik Puan Hajah Salbiah, Encik Mohsin Ibrahim mahupun Puan Hajah Ramlah Sapuan. Juga AJK Unit Kokurikulum di bawah setiausaha kokurikulum, Puan Hasniza Hasnan, Encik Norhisham Khalid dan rakan-rakan AJK lain yang amat saya senangi bekerja dengan mereka. Setiausaha sukan, Encik Yasin dan AJKnya pula gigih dan berdedikasi.

AJK Unit Kokurikulum SMKPS bersama saya

AJK Unit Kokurikulum SMKPS bersama saya

   Di sini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua SMKPS, Puan Hajah Ramlah Sapuan, atas bimbingan dan kerjasama kepada saya. Juga kepada dua Guru Penolong Kanan,  Encik Razak Othman dan Encik Rosli Mohamad yang menjadi rakan pentadbir  konstruktif dan efektif.

Saya juga menghargai guru-guru kontinjen olahraga sekolah yang gigih berusaha untuk mengharumkan nama sekolah. Tidak lupa guru-guru kanan mata pelajaran, guru rumah sukan, guru penasihat badan beruniform, kelab, persatuan, guru kanan mata pelajaran, pengurus pasukan dan jurulatih , para kaunselor dan guru-guru semuanya  yang memberi kerjasama padu dan memudahkan kerja saya. Hendak disebut nama satu persatu terlalu ramai. Terima kasih semua.

Tidak lupa staf sokongan dan pekerja swasta yang banyak membantu. Secara peribadi, banyak program kokurikulum dapat dijalankan. Kursus kokurikulum,pertandingan kawad kaki dalaman, perkhemahan bersepadu, hari keusahawanan, majlis anugerah kokurikulum dan jamuan kokurikulum. Di samping mengelola pelbagai pertandingan hingga di peringkat negeri. Teringat semasa menjadi tuan rumah pertandingan kawad kaki peringkat negeri tahun 2006 dan 2007. Memberi kepuasan!

Laman blog SMKPS ini juga memberi kepuasan tersendiri. Setakat ini sudah 568  post dikeluarkan, dan diakses oleh  1,384,000 pelayar dari lebih 30 buah negara di dunia. Saya tidak tahu laman blog sekolah lain yang diakses lebih 1 juta kali! Saya sangat sayang laman blog ini dan diharap Puan Umi Kalsum, Encik Khamsuldin, Blogger Blog SMKPS dan yang lain dapat terus menghidupkannya. Lagipun, nampak gayanya, majalah Wadah Siswa dijangka terus mengambil bahan daripadanya setiap bulan. Jadi, jangan biarkan terkulai layu.

Saya juga berharap, Wadah Aksara dapat diteruskan pada tahun hadapan. Penat memang penat, tetapi buletin itu punya nilai akademik yang tinggi dan tidak banyak sekolah sanggup menghasilkannya.Ramai guru SMKPS yang boleh menulis, baik dari Pengetua, GPK, GKMP, guru Wadah Akdara mahupun guru lainnya. Sayang sekali bakat itu tidak terus dikembangkan. Sidang redaksi, termasuk Pn Fazlin, Puan Noor Haliza, Puan Hasrifah , Encik Rosmadi, Encik Mohd Khir dan lainnya, keep it up!

Maka di sini saya berharap sekolah ini akan terus melakar kejayaan dalam kurikulum , kokurikulum dan sahsiah pelajar. Berilah kerjasama kepada pengganti saya, juga kepada pengetua dan GPK sekolah ini. Saya doakan sekolah ini terus cemerlang.

Memang ada rasa sedih kerana meninggalkan SMKPS setelah hampir 9 tahun bersama guru dan pelajar. Jarak 26 kilometer dari rumah saya bukan satu kekangan buat saya. Tetapi saya perlu akur arahan Jabatan Pelajaran Johor. Saya yang menurut perintah…

Saya susun sepuluh jari memohon kemaafan atas salah silap saya selama ini. Halalkan yang termakan dan terminum. Terima kasih kerana membenarkan diri ini berada di bawah naungan payung besar SMKPS yang permai, mesra ,damai dan membahagiakan diri ini. Patah tumbuh hilang berganti, perginya diri ini nescaya mendapat pengganti yang lebih berkualiti.

Saya akhiri dengan serangkap pantun 8 kerat:

Bunga selasih di hujung perigi
di tengah paya ikan haruan
meredah rimba anak desa
mandi di sumur bersama puteri
Terima kasih sekalung budi
gembira saya bersama tuan
salah silap maafkan saya
panjang umur bersua lagi.

Sekian, terima kasih.
Mustaffa Hj Siraj
7 Januari 2006- 14 Ogos 2014
Di SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to CATATAN TERAKHIR DI BLOG INI

  1. SMK PENGHULU SAAT says:

    Memang blog smkps menjadi darah daging saya dalam tempoh 2009-2014..Teringat blog, segera dibuka dan mengarang, meski sesibuk mana. Oleh sebab saya gpk koko, kecondongan berita adalah pada koko. Tak semua peristiwa dapat dinukilkan. Namun apa yang ada itu adalah sentuhan kreatif saya untuk tatapan ramai. Seronok apabila tengok dashboard blog, angka pengunjung bertambah dan datang dari banyak nnegara. itu yang membakar semangat untuk menulis.
    Kini Umi dan Mamat meneruskan legasi itu. Walaupun saya sudah tiada di smkps, blog ini tetap akan saya kunjungi dan dapat mengetahui perkmbangan sekolah. Diharap tidak jemu berkarya dan menghantar berita di blog. Saya akan menyokong dari jauh. Denyut nadi SMKPS tetap mengalir di jiwa saya…
    MUstaffa Siraj

  2. Sukar untuk digambarkan perasaan apabila membaca catatan terakhir yang diluahkan oleh en mus dalam catatan ini. Tentunya paling perit ialah berpisah dengan laman blog ini. Satu tanggungjawab yang telah dipikul sekian lama dan akhirnya bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Rasa cinta pada laman blog ini semakin kuat, namun apakan daya perpisahan tiba jua. Bagi saya, setiap coretan en mus dalam blog ini adalah luahan yang keluar dari hati seorang penulis yang sentiasa ikhlas. Betapa beratnya menggantikan tanggunjawab yang sering En. Mus laksanakan selalu. Namun saya juga seperti En Mus amat sayangkan laman blog ini. Ini suatu tanggungjawab. Insya-Allah saya pasti pengganti En Mus, Cg Razak Kosnan juga akan meneruskan legasi ini. Saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjalanan sukar yang telah dilalui bersama semasa kita ingin mencapai sasaran 1 juta pelawat dahulu. Terima kasih atas sumbangan dan idea-idea kreatif yang telah dikongsikan bersama. Teruskan menulis dan menyokong kami.

  3. SMK PENGHULU SAAT says:

    Tkasih Marini. Kenangan manis 2009, ya memang manis.. Naib Johan! Memang menggembirakan… Penghulu mengggar stadium! Begitu ramai atlet kita yang dapat pingat…..

  4. Marini :) says:

    Tahniah En Mus!
    Naib Johan Olahraga BP 2009 terlalu byk kenangan kan?
    Kepuasan terbaik sepanjang sy di SMKPS 3 Januari 2006 – November 2010
    Sy senior 4 hari je dr En Mus🙂
    Semoga terus berjaya walau di mana jua En Mus berada
    Salam buat Kak Yani juga!
    Bulan Syawal ni teringat nk marhaban sama-sama
    Rindu SMKPS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s