MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Oleh: Umi Kalsum Idham

Parit Sulong ,17 Ogos 2014. Panitia Sejarah yang dipertanggungjawabkan mengemudi Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan kalike-57 pada tahun ini telah berjaya membawa minda pelajar-pelajar SMK Penghulu Saat memahami situasi perjalanan sebelum kemerdekaan dengan pelbagai gimik perasmian. Majis dimulakan dengan ucapan oleh Guru Kanan Sains Kemasyarakatan , Tuan Haji Mohd Hasanin bin Tamio. Dalam ucapannya, Tuan Haji Hasanin berharap pelajar-pelajar akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kesepakatan ahli jawatankuasa majlis yang telah berlatih selama beberapa hari bagi memastikan kelancaran majlis pada pagi itu. Majlis pelancaran kemudiannya  disempurnakan perasmiannya oleh Puan Hajah Ramlah bt Sapuan , pengetua SMK Penghulu Saat dengan tema tahun ini ‘ Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ . Antara pesanan yang disampaikan oleh beliau adalah agar semua warga SMKPS rasa bersyukur dengan keamanan yang telah dinikmati selama ini. Beliau juga berkongsi cerita tentang perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah bertaruh nyawa untuk mencapai kemerdekaan negara.

Adegan penuh aksi daripada pelajar tingkatan 5 Aktif

Adegan penuh aksi daripada pelajar tingkatan 5 Aktif

Majlis pelancaran pada pagi itu diserikan lagi dengan persembahan drama oleh pelajar-pelajar 5 Aktif yang begitu kreatif. Persembahan  berkisar tentang penderitaan rakyat sebelum merdeka dan peristiwa penting perbincangan Tunku Abdul Rahman yang membawa kepada kemerdekaan tanah air. Jelas terpancar pada wajah pelajar-pelajar yang menyaksikan persembahan tersebut menghayati setiap adegan penuh aksi yang dilakonkan. Persembahan diteruskan dengan  deklamasi sajak oleh Sahrul Akmal bin Shawal dan Fairuz Najwa yang penuh bertenaga .

IMG_20140818_093936_710821781

Deklamasi sajak yang bertenaga oleh Sharul Akmal bin Shawal

Pelajar-pelajar menghayati bait-bait lirik lagu tema bulan kemerdekaan

Pelajar-pelajar menghayati bait-bait lirik lagu tema bulan kemerdekaan

Persembahan drama yang menarik dan mampu difahami mesejnya oleh pelajar-pelajar

Persembahan drama yang menarik dan mampu difahami mesejnya oleh pelajar-pelajar

Menurut Ketua Panitia Sejarah, Puan Nora Asikin binti Adnan, Setiap aturcara majlis banyak disusunatur oleh pelajar-pelajar sendiri, manakala guru hanya memantau. Kekreatifan pelajar dapat dilihat melalui kreativiti mereka melaksanakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan dari awal hingga akhir. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa yang telah terlibat dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Begitulah , sememangnya Warga SMKPS tidak pernah lekang dengan idea-idea yang kretif dan sentiasa menunjukkan semangat kerja sepasukan. SMKPS CEMERLANG.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

  1. SMK PENGHULU SAAT says:

    Terima kasih kepada Tuan Hj Mustaffa atas pandangan yang ikhlas. Teruskan memberi sokongan kepada kami.

  2. SMK PENGHULU SAAT says:

    Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program. Daripada gambar2 yang tertera telah menggambarkan daya kreatif dan kesungguhan warga smkps menjayaan program

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s