JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2014

Oleh: Umi Kalsum Idham

JOHOR BAHRU, 13 Ogos 2014- Nama SMK Penghulu Saat sekali lagi bergema di Dewan Sultan Iskandar UTM apabila Encik Roswadi bin Dagang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Johor Tahun 2014 kategori individu sekolah menengah. Malahan yang lebih membanggakan lagi beliau juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Emas dengan markah sebanyak 97.5%.

Pertandingan yang diajurkan bersama oleh UTM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, dan IPG ini adalah sempena Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik Tahun 2014. Dalam pertandingan ini beliau bersaing dengan guru-guru Inovatif setiap daerah di negeri Johor.

Guru Inovatif  Negeri Johor Tahun 2014

Guru Inovatif Negeri Johor Tahun 2014

Sebelum ini beliau juga telah melakar beberapa anugerah dan kejayaan. Antara pencapaian yang pernah diraih oleh En. Roswadi ialah Johan Peringkat Daerah Pertandingan Guru Inovatif Sempena Hari guru Peringkat daerah Batu Pahat, Anugerah Guru Inovatif negeri Johor sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Johor 2014, Tempat ke-3 dan Inovasi Emas Pertandingan Anugerah Guru Inovatif peringakat negeri Johor anjuran MOSTI dan JPNJ, dan Naib Johan Kajian Tindakan peringkat daerah tahun 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau memperkenalkan kaedah K-ZO untuk mata pelajaran Perdagangan.

Cikgu Roswadi dengan hasil inovasinya K-ZO

Cikgu Roswadi dengan hasil inovasinya K-ZO

Kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai oleh cikgu Roswadi merupakan satu motivasi kepada guru-guru lain untuk membawa inovasi dalam bidang pendidikan. Selaras dengan Pendidikan abad ke-21 yang telah diperkenalkan oleh sistem pendidikan negara, kaedah inovasi yang dicipta tentunya mampu menarik minat pelajar-pelajar yang inginkan sesuatu kelainan dalam pengajaran guru-guru. Paling membanggakan lagi SMKPS akan menghantar dua orang lagi guru untuk menyertai Pertandingan Kajian Tindakan daerah Batu Pahat  . Moga Puan Masnoni dan Encik Roswadi Dagang sekali lagi mampu menjulang nama SMK Penghulu Saat dan mengulangi sejarah yang lalu. Sama-sama kita doakan.

Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik Tahun 2014

Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik Tahun 2014

 

 

 

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to JOHAN PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2014

  1. ShafiqFendy says:

    Tahniah kepada Cikgu Roswadi.. Nama IPG tidak dinyatakan dengan tepat. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim.

  2. Mohsin says:

    Tahniah.
    En. Roswadi. Anda seorang yang kreatif dan inovatif. Anda akan menjadi pendorong guru SMKPS yang lain untuk terus berkarya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s