WAJAH BARU SEMANGAT BAHARU

Oleh: Umi Kalsum bt Idham

Tahun ini SMK Penghulu Saat sekali lagi menerima orang baharu sebagai orang kuat dalam pentadbiran. Tanggal 17 Ogos merupakan tarikh En. Abdul Razak bin Kosnan memulakan tugasnya di SMK Penghulu Saat setelah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum menggantikan posisi Tn. Hj Mustaffa bin Siraj yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kurikulum di SMK Tun Ismail.

En. Abdul Razak bin Kosnan

En. Abdul Razak bin Kosnan

Anak kelahiran Pt. Sulong ini telah memulakan kerjayanya sebagai pendidik di SMK Bandar Ester Kota Tinggi sejak tahun 1985 lagi. Menurut beliau , dengan gaji sekitar RM395.00 beliau menyara diri di sana setelah menamatkan pengajian di Maktab Teknik Kuala Lumpur. Pengalaman yang luas menjadikan beliau matang mengharungi ranjau sebagai pendidik . Pada tahun 1992 beliau ditugaskan di SM Lok Heng sehingga tahun 2006. Persis peribahasa Melayu akhirnya ikan pulang ke lubuk jua, beliau kemudiannya kembali ke kampung halaman setelah ditugaskan menabur jasa di SM Seri Medan pada tahun 2006. Berkat kegigihan yang ditunjukkan, beliau dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran(GKMP) Sains Kemasyarakatan pada tahun 2011.  Begitulah takdir indah yang dirancang oleh Yang Maha Kuasa pada 10 Ogos 2014 En. Abdul Razak bin Kosnan melapor diri di SMK Penghulu Saat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Warga SMK Penghulu Saat sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan En Razak bin Kosnan ke sini. Melihat interaksi beliau yang mudah mendampingi warga SMKPS, kami yakin beliau mampu merealisasikan impiandan harapan warga SMKPS sebagai sekolah Cemerlang Kokurikulum. Tahniah dan Syabas kepada beliau.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s