SMK PENGHULU SAAT TUAN RUMAH PIALA WARISAN, SEPEDOMAN, WAWASAN , DAN SEMERAH

Oleh: Umi Kalsum Idham

PARIT SULONG, 1 Oktober 2014.  Setelah 5 tahun berlalu, giliran SMK Penghulu Saat pula pada kami ini  menjadi tuan rumah sukan warisan generasi Parlimen Parit Sulong kali ke-31. Pesta Piala Warisan, Sepedoman, Wawasan, Semerah dan Marisma yang berlangsung di padang SMK Penghulu Saat merupakan sukan warisan yang menggabungkan sekolah-sekolah menengah di Parlimen Parit Sulong dan disertai oleh SMK Dato’ Sulaiman, SMK Dato’ Onn, SMK Semerah , SMK Penghulu Saat dan MRSM Batu Pahat  ditambah kemeriahannya dengan kehadiran SMK Seri Medan buat kali pertamanya.

IMG-20140929-WA0042

Pentanque Guru Perempuan

IMG-20140929-WA0043

Bola Tampar-Guru Lelaki

      Pesta permainan yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 ini bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan antara 6 buah sekolah yang menyertai tetapi juga satu permulaan untuk mencungkil bakat dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan 1. Paling menyeronokkan lagi apabila permainan yang melibatkan guru-guru juga turut diadakan bagi memperkukuhkan lagi silaturahim antara guru-guru yang berlainan sekolah. Pada hari Rabu lalu pertandingan pentanque untuk guru perempuan dan bola tampar untuk guru lelaki telah dijalankan di SMK Penghulu Saat. Johan Pentanque telah dirangkul oleh SMK Penghulu Saat , Naib Johan SMK Dato’ Onn dan tempat ketiga MRSM, Batu Pahat. Johan acara Bola Tampar pula telah dirangkul oleh SMK Seri Medan, Naib Johan SMK Dato’ Onn dan tempat ketiga MRSM, Batu Pahat.

IMG-20141001-WA0045

Johan Bola Sepak SMK Dato Onn

  Dalam permainan Bola Sepak, Johan dirangkul oleh SMK Dato’ Onn, Kedua SMK Penghulu Saat dan ketiga SMK Dato’ Sulaiman. Untuk permainan Bola Baling pula, SMK Seri Medan berjaya merangkul Johan, tempat kedua SMK Dato’ Sulaiman dan tempat ketiga SMK Dato’ Onn. SMK Dato’ Sulaiman pula berjaya merangkul johan pertandingan Bola Jaring setelah menewaskan SMK Penghulu Saat 5-4 dan diikuti tempat ketiga SMK Dato’ Onn. Bagi acara Sepak Takraw , SMK Dato’ Onn B pula merangkul Johan, kedua SMK Dato’ Sulaiman B dan tempat ketiga pula disandang oleh SMK Seri Medan A. Piala pusingan juara keseluruhan pada tahun ini berjaya dibawa pulang oleh SMK Dato Onn.

IMG-20141001-WA0046

Penutupan Rasmi Oleh Tn. Hj Ismail Bin Roslan ADUN Semerah

      Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh ADUN Semerah Tn Hj Ismail bin Roslan. Dalam ucapan beliau, beliau terus memberi sokongan agar Pesta Permainan sebegini terus diadakan bagi mencari bakat-bakat muda untuk kejohan sukan yang lebih berprestij lagi. Pesta permainan pada petang itu turut dihadiri oleh YDP PIBG SMKPS, En. Masli bin Mahpol dan Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mohd AinFikri bin Ngassri yang tidak pernah jemu memberi sokongan pada setiap acara yang dianjurkan oleh SMKPS . Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan pesta tersebut.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

One Response to SMK PENGHULU SAAT TUAN RUMAH PIALA WARISAN, SEPEDOMAN, WAWASAN , DAN SEMERAH

  1. dedy ramli says:

    (KISAH SUKSES)Dedy ramli; Lolos PNS Guru di lingkungan PEMDA Berau)
    Assalamu Alaikum wr-wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda, Bahwa dulunya saya ini cuma seorang Honorer di sekolah dasar sumatra, Sudah 11 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 3 kali mengikuti ujian, dan membayar 45 jt namun hasilnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah,namun teman saya memberikan no tlp Bpk TAUCHID DJATIKO Selaku petinggi di BKN pusat yang di kenalnya di jakarta dan juga mengurusnya jadi PNS, saya pun coba menghubungi beliau dan beliau menyuruh saya mengirim Berkas saya melalui Email, alhamdulillah No Nip dan SK saya akhirnya keluar, Jadi apapun keadaan anda skarang jangan pernah putus asa dan terus berusaha, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasih jalan, itu adalah kisa nyata dari saya, Semua hasil ini saya ucapkan terimakasih kepada :
    1. ALLAH SWT; karena KepadaNya kita mengemis dan memohon.
    2. Terimakasih untuk khususnya Bpk.Drs.TUCHID JATMIKO.Msi beliau selaku Kepala tim pengadaan CPNS BKN PUSAT,dan dialah membantu kelulusan saya selama ini,alhamdulillah SK saya tahun ini bisa keluar.Teman teman yg ingin seperti saya silahkan anda hubungi bpk Drs TUCHID JATMIKO Tlp; 0851-45342299 Atau KLIK http://bkn-id.blogspot.com
    Untuk Melihat Profil Bliau, Siapa tau beliau mau bantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s