SMKPS IKTIRAF KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM

Oleh:Umi Kalsum Idham

PARIT SULONG.30 OKTOBER 2014. Aktiviti kokurikulum memang tidak boleh dipisahkan dengan dunia pendidikan. Kecekalan, ketahanan, kerjasama dan kesabaran merupakan perkara asas yang harus ada untuk memastikan sesebuah aktiviti yang dijalankan sempuran dengan jayanya. Tenaga-tenaga yang terlibat dalam sesebuah aktiviti kokurikulum ini seharusnya diberi penghargaan atas sikap mereka yang tidak pernah berkira dengan tugasan yang diberikan dan sanggup berkorban tenaga, wang ringgit dan masa. Menyedari hakikat ini Unit Kokurikulum SMK Penghulu Saat telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Anugerah Kokurikul 2014.

DSC_1318

 

IMG_4369

Inspektor Muhamad AinFikri merasmikan Majlis Anugerah Kokurikulum.

 

IMG_4381

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Persatuan Pendidikan Islam

Seramai 131 penerima anugerah telah menerima anugerah pada Majlis tersebut yang diadakan di dewan SMK Penghulu Saat. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Inspektor Muhamad AinFikri , Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Batu Pahat merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Penghulu Saat. Dalam ucapan beliau, pegawai muda ini banyak menzahirkan kekaguman beliau dengan pencapaian SMK Penghulu Saat dalam bidang kokurikulm sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau yang sentiasa berada di belakang warga SMKPS sebagai tanda sokongan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan  berharap agar semua pelajar terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam mengulangi kejayaan yang pernah terlakar .

IMG_4363

Ucapan Pengetua Pn. Hjh Ramlah binti Sapuan

Dalam Majlis tersebut beberapa Anugerah Khas telah diadakan. Kumpulan Cooking With Nature dibawah bimbingan Pn Hjh Fatimah Sharah binti Hitam dan Puan Noriza Kastory dan anak-anak didik mereka yang telah berjuang meraih kejayaan demi kejayaan iaitu Siti Zulaikha Mohd Tahir, Farha Nadia Roslan dan Nawwar Syazan binti Ariffin telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Cemerang Kokurikulum 2014 atas pencapaian mereka di peringkat kebangsaan yang telah berjaya mencapai tempat Naib Johan dalam Festival Sains Dan Teknologi baru-baru ini. Manakala Ahmad Khalis bin Yahya telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Harapan Kokurikulum 2014 kerana penglibatannya aktif dalam bidang sukan dan permaianan serta bidang ko-akedemik. Persatuan Pendidikan Islam di bawah guru penasihat Ustazah Siti Noor Ibrahim dan Ustaz Khairudin Abdullah, pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Kelab Persatuan Aktif 2014 atas pengajuran pelbagai pertandingan di peringkat sekolah.

IMG_4405

Ahmad Khalis bin Yahya Penerima Anugerah Khas Tokoh Harapan Kokurikulum 2014

IMG_4482

Ustazah Siti Noor guru penasihat Persatuan Pendidikan Islam menerima Anugerah Kelab Persatuan Paling Aktif

Majlis pada petang itu diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Persatuan Pendidikan Islam dan persembahan zapin oleh Kelab Kebudayaan SMKPS. Inspektor Muhamad AinFikri turut melancarkan video Majils Hari Anugerah sebagai gimik perasmian. Diharapkan majlis anugerah ini dapat menyemarakkan lagi semangat warga SMKPS untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Tidak mustahil jika suatu hari nanti atlit-atlit dan tokoh-tokoh ternama akan lahir dari SMK Penghulu Saat.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

One Response to SMKPS IKTIRAF KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM

  1. SMK PENGHULU SAAT says:

    Tahniah atas penganjuran majlis anugerah kokurikulum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s