Author Archives: SMK PENGHULU SAAT

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

MARHABAN PENGERAT UKHUWAH

Oleh:Umi Kalsum Idham Parit Sulong,15 Ogos- Syawal bertandang kembali. Sempena mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, Kelab Bilik Guru (KEBIRU ) di bawah pimpinan pengerusinya saudara Mohd Yassin bin Salleh telah mengaturkan program ziarah rumah ke rumah. Menurut beliau program … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | 2 Comments

PERGINYA SEORANG WIRA BERANI

Oleh: Umi Kalsum Idham ‘Wira Berani’  jolokan yang sering diberikan kepada Tn. Hj. Mustafa bin Siraj yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai GPK Kokurikulum SMK Penghulu Saat pada tanggal 14 Ogos 2014.  Beliau yang telah memulakan perkhidmatan pada 7 Januari 2006 … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | 5 Comments

CATATAN TERAKHIR DI BLOG INI

Assalamualaikum wbh Setiap yang mula akan berakhir. Begitulah perkhidmatan saya sebagai guru di SMKPS. Setelah bertugas sejak 6 Januari 2006 hingga 14 Ogos 2014, saya melalui masa 8 tahun 8 bulan di sini. Saya bakal menjadi GPK Pentadbiran di SMK … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | 4 Comments

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUN SMKPS 2014

Oleh: Mustaffa Siraj Parit Sulong, 7 Ogos – Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Penghulu Saat melabuhkan tirainya pagi ini dengan rumah Berani muncul johan keseluruhan, diikuti rumah Mantap. Kejohanan ditutup rasmi oleh Pengerusi PIBG SMK Penghulu Saat, Encik Masli Mahpol. Kejohanan … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

MAJLIS PENYERAHAN TOPI KELEDAR 1MALAYSIA OLEH YB DATUK ZULKURNAIN KAMISAN

Oleh: Mustaffa Siraj Parit Sulong, 7 Julai – Majlis penyerahan 150 buah helmet 1Malaysia selamat disempurnakan oleh YB Datuk Zulkurnain Kamisan, Exco Kerajaan Negeri Johor di Dataran Kejat SMK Penghulu Saat pagi ini. Hadir sama , Puan Hajah Ramlah Sapuan, … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

SMK PENGHULU SAAT JOHAN NEGERI PORTABLE COOKING WITH NATURE

YB Tuan Hj Md Jais Sarday sedang menyampaikan hadiah kepada peserta SMKPS Batu Pahat, 26 Jun – SMK Penghulu Saat muncul johan peringkat negeri Pertandingan Portable Cooking With Nature, yang berlangsung di SMK Tinggi, Batu Pahat , yang berakhir petang … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment

HARI TERBUKA DAN KEUSAHAWANAN SMKPS 2014

Oleh : Mustaffa  Siraj Parit Sulong, 22 Jun – SMK Penghulu Saat menjalankan program Hari Terbuka dan Keusahawanan peringkat sekolah berkenaan hari ini. Hari Terbuka yang dipanggil Dialog Prestasi membabitkan kehadiran ibu bapa dan penjaga pelajar, yang hadir ke kelas-kelas … Continue reading

Posted in AKTIVITI SEKOLAH | Leave a comment