KARYA PELAJAR

Hantarkan karya anda dalam bentuk sajak, pantun, cerpen atau rencana malahan dalam bentuk lakaran kartun juga diterima sebgai karya.Karya boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.Hasil tulisan anda boleh dihantar kepada Puan Umi Kalsum, Cik Anida, En Razak bin Kosnan atau En. Mohd Kamsuldin.SERLAHKAN BAKAT ANDA!

NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU DAERAH BATU PAHAT

IKATAN NALURI

Oleh: Mohd Zikry bin Harsam

“Apa nak jadi dengan awak ni Danish?” suara puan Azilah memenuhi kesunyian malam.

“ Tak nak sekolah. Setan apa yang dah masuk ni?” kesabaran puan Azilah semakin tercabar melihat anak lelakinya  itu yang diam membatu.

Sudah hampir sebulan sikap anak bongsunya itu menguji kesabarannya. Semuanya bermula sejak dipindahkan ke sekolah baharu . Sudah puas dibawa berubat dengan ustaz namun sikap anaknya tidak juga berubah.

Sewaktu seminggu sekolah bermula , Danish mula menunjukkan sikap tidak mahu masuk ke dalam kelas . Dua minggu kemudian dia mulai tidak mahu masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia lebih rela berdiri tercegat di hadapan pagar sekolah. Puas cikgu-cikgu memujuknya. Dia tetap membatukan diri.

“ Danish ! Awak dah darjah dua, malu buat macam tu”. Pujuk puan Azilah yang terpaksa ke sekolah semula setelah dimaklumkan akan kelakuan anaknya itu oleh pihak sekolah.

“Ya Allah ujian apa kau berikan kepadaku? Tunjukkanlah aku jalan keluar dari ujian ini. “ Puan Azilah berdoa di dalam hati.

“ Cuba akak bawa dia ke sekolah lama” Zainab, rakan setugas puan Azilah memberi cadangan.

“Penat aku Nab kalau anak aku nak pindah semula ke sekolah lamanya, jauh nak menghantarnya. Selepas Subuh aku dah kena bertolak dah”. Puan Azilah mengeluh.

“ Tak pelah Azilah, demi anak-anak, kita terpaksalah berkorban. Kita tak tahu kehendak budak-budak ni. Kita cuba je dulu. Engkau bawalah dia melawat kawan-kawan lama dia.”. Zainab menambah lagi.

***********************************************************************

“ Danishhhh..Danish datang.”  Kedengaran jeritan suara kawan-kawan Danish memanggil nama Danish.

Buat kali pertamanya selepas sebulan, puan Azilah nampak semula senyuman terukir di bibir Danish. Danish diserbu oleh rakan-rakannya. Masing-masing menariknya ke dalam kelas.

“ Puan Azilah” terdengar satu suara menyapa .

“ Ohh..cikgu Siti” Puan Azilah merapati cikgu Siti yang sedari tadi tersenyum melihat gelagat anak-anak muridnya yang seolah-olah melepaskan rindu yang telah bersarang sekian lama.

Puan Azilah berbual dengan cikgu Siti hampir setengah jam mengadu masalah yang melanda anak bongsunya itu.

“ Mungkin dia rindukan kami” Cikgu Siti membuat andaian.

“ Di sini pelajarnya tak ramai, maklumlah sekolah kurang murid. Itu yang ikatan mereka akrab antara satu sama lain”. Cikgu siti menambah lagi.

“ Danish…mari sini..” Cikgu Siti memanggil Danish yang sejak tadi tak sudah-sudah ketawa mendengar cerita dari kawannya Mutthu.

“ Meh duduk pangku cikgu.” Cikgu siti memegang bahu Danish sambil  memangkunya.

“ Danish rindukan cikgu ya?” Cikgu Siti bertanya . Danish mengangguk dan menundukkan wajahnya seolah-olah takut memandang wajah ibunya.

“Danishhh…” kedengaran suara serak-serak basah . Danish bangun dan meluru ke arah suara itu.

Teacher rindu Danish.” Kelihatan cikgu Noraini guru Bahasa Inggeris Danish memeluk anak muridnya yang telah lama hilang dari pandangan matanya.

Puan Azilah menyapu manik-manik jernih yang semakin laju membasahi pipinya. Dia semakin mengerti mengapa anak lelakinya ini berubah menjadi pendiam dan tidak mahu ke sekolah.

Ada pertalian naluri antara mereka di sekolah ini.

Betapa kasih sayang seorang guru itu mampu menguasai anak didiknya.

“ Danish , sekolahlah di  sini semula”. Kedengaran suara Ah Keong dan Mutthu.

“ Awak tak ada, sunyilah. Tak ada siapa yang nak picitkan aku kalau aku penat”. Tambah Mutthu  sambil memeluk Danish.

Danish memandang wajah puan Azilah, seolah-olah inginkan pengertian daripada ibunya. Namun mulutnya masih terkunci. Wajahnya bertukar suram.

Puan Azilah mengangguk. Senyuman kegembiraan terukir semula. Mutthu dan Ah Keong dipeluk silih berganti.

Mutthu berlari menuju ke kelas 2 Jaya. Tidak sabar ingin menyampaikan berita gembira kepada kawan-kawannya.

“ Kawan-kawan… Danish nak sekolah sini semula “. Jerit Mutthu. Danish diserbu lagi oleh murid-murid 2 Jaya.

“ Nanti kita lawan ya siapa yang boleh skor matematik paling tinggi”. Suara Danish mula kedengaran.

Dari jauh dia memerhatikan Cikgu siti dan cikgu Noraini yang mengiringi Puan Azilah melangkah ke pejabat guru besar. Ikatan naluri dia dan guru-gurunya memang unik.

Terima kasih Cikgu!

Selamat Hari Guru!

Saya Sayang Cikgu

                                                                                                          Ikhlas daripada: Danish Muqri

 

                  Titipan kad ucapan berserta jambangan bunga Ros buat cikgu-cikgu kesayangannya sudah menjadi rutin dalam hidup Danish saban tahun dikala hadirnya tarikh keramat 16 Mei.

“Tanpa mereka zaman persekolahan aku tak akan bererti. Ikatan naluri ini sukar untuk dipisahkan.”

Danish mencium jambangan Ros yang ada di tangannya.

                                                                                                   

 

 

 

 

DIA SEORANG GURU

Hasil Nukilan:Noor Safika Binti Shawal
Tingkatan : 3 AKTIF

Kelmarin,
Aku melihat dia melangkah dengan seribu janji,
Janji yang telah lama tersulam di hati,
Mengayam segar ratapan hati,
Demi anak pertiwi.

Semalam,
Aku menatap cerminan dirinya,
Bagaikan lilin yang membakar dirinya,
Di lubuk hatinya tersimpan mutiara,
Demi menempuh derita.

Sesekali,
Aku merenungi jiwanya diserang kesayuan,
Bagai terhiris sembilu tajam,
Namun bibirya masih menguntumkan secebis senyuman,
Hidupnya berkuah derita, berulam nestapa.

Hari ini,
Aku terpaku menyaksikan lahirnya berjuta permata,
Tiada kata seindah makna yang mampu ku ungkapkan,
Hanya kerana dia menitiskan air seribu janjinya,
Ku insafi manisnya kesabaran,
Kerana dia seorang guru.
————————————————————————
TAJUK:KERANAMU CIKGU BALKIS
KARYA: NURAIN HUSNINA BINTI AGUS
3 AKTIF

DUUSSSSSHH…!!!!!! Satu tumbukan hinggap di muka Amran pagi itu.Baginya tumbukan sebegitu kira untung kerana bapanya pernah mencucuh kayu api pada tubuh kurusnya itu.

“Hei Amran!!!!kenapa kau lambat bangun ha???? Mana aku punya sarapan??!!”suara bapanya kedengaran seperti halilintar membelah bumi.Amran tidak berani memanggung kepala untuk menentang wajah bengis ayahnya.

“Mm…maaf ayah.Saya tidur lewat semalam kerana membasuh baju.”kata Amran sambil tangannya ligat membancuh kopi bapanya.

Setelah menyediakan ayahnya air kopi dan beberapa keping roti,Amran bergegas mengambil basikal buruknnya di bawah rumah.

“Ya Allah,mesti kelas sudah bermula.Habislah… aku pasti dimarahi Cikgu Balkis nanti.”bisik Amran di dalam hatinya.

Ternyata tepat sangkaan Amran.Dia melangkah ke dalam kelasnya dengan
debaran.Ternyata kelibat Cikkgu Balkis sangat menggetarkan lututnya. Bagaimanapun,dia cuba untuk mengusir resah itu.

“Amran..!! Awak lambat lagi hari ini.”nada suara guru Matematik itu kedengaran tegas.Amran hanya diam membungkam.
Kedengaran suara-suara nakal rakan-rakan sekelasnya berbisik-bisik dan mentertawakannya.Tetapi dia sudah lali dengan semua itu.

“Amran,saya sedang bercakap dengan awak ni.Pandang muka saya apabila saya sedang bercakap dengan awak.”Arahan cikgu Balkis menbuatkannya tidak keruan kerana ingin menyembunyikan lebam yang dia anggarkan berdiameter 5 sentimeter di tulang pipinya.

“Amran,awak dengar tak arahan saya”mahu tak mahu Amran akhirnya mengalah.
“Astaghfirullahhalazim…!! kenapa dengan muka kamu ini ??”ada rasa kaget di wajah cikgu Balkis.

Pertanyaan cikgu Balkis tidak dapat dijawab oleh Amran kerana matanya terasa berpinar-pinar dan lututnya terasa lemah.Akhirnya seluruh dunia menjadi kelam.

………… ………………

Mata Amran terasa amat berat dan terasa dunia sekelililngnya berputar.”Amran..awak sudah sedar..??’Tiba-tiba suara lembut cikgu Balkis menerpa pendengarannya.Hatinya sayu kerana suara lembut itu membuatkannya teringat akan arwah ibunya.

Amran hanya dapat mengangguk lemah.”Awak berada di hospital sekarang.Awak mahu makan?Cikgu ada beli bubur tadi.Mari makan , cikgu suap.”mulanya Amran berasa segan dan ingin makan sendiri mamun keadaannya yang lemah memenyebabkannya akur.Tiba-tiba wajah redup arwah ibunya berlegar-legar di balik wajah cikgu Balkis.

Dia ingin sangat tempat Cikgu Balkis itu adalah tempat ibunya.Air matanya mula luruh. Namun Amran cuba untuk menahan air matanya daripada mencurah dari tubir matanya.Dia ingin mengusir angan –angan indah itu jauh-jauh agar tiada kesedihan lagi.

“Kenapa Amran?”cikgu Balkis perasan akan tasik air mata di matanya.Amran cuba untuk berlagak selamba.Tiba-tiba hatinya diamuk resah.”cikgu,sekarang sudah pukul berapa?Saya mahu pulang.” Amran digigit perasaan takut .Dia cuba untuk bangun dari perbaringannya walaupun badannya terasa berat.

“Kenapa ni Amran?Doktor kata awak hanya dibenarkan balik pada petang ini jika awak sudah pulih.”cikgu Balkis cuba untuk menenangkan muridnya itu.”Tapi cikgu sekarang sudah habbis waktu persekolahan.Jadi saya perlu pulang ke rumah segera untuk memasak.”kata Amran berterus terang.

“Memasak?!Ibu kamu mana??”ada riak kehairanan di wajah cikgu Balkis.
“Sungguh cikgu Balkis tidak menegerti akan kedudukan ku .”rintih Amran di dasar hatinya.

“Amran awak mahu berkongsi masalah dengan cikgu ke?”Cikgu Balkis cuba memancing perbualan dengan anak kecil yang wajahnya terlindung seribu satu misteri itu.“Amran , siapa yang buat muka awak sampai lebam begini?Awak ceritakan lah pada cikgu .Mungkin cikgu boleh membantu.”kata-kata Cikgu Balkis menyebabkan Amran diam seribu bahasa.”Patutkah aku beritahu cikgu ,tapi ayah….”monolognya terhenti disitu kerana perkataan ‘ayah’.’Ayah. Satu gelaran yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup.

“Amran,awak ada masalah keluarga ke ?Ceritalah Amran.Luahkan segala yang terbuku di hati awak pada cikgu.”Amran tidak mahu sekeping hatinya itu mencair dan terluah segala-galanya, namun dia sudah tidak mampu untuk memikul beban itu lagi.

“Cikgu,sebenarnya ibu saya sudah meninggal dunia 6 bulan lalu.Sekarang saya tinggal bersama ayah saya.Tapi ayah selalu memukul saya kerana masih marah kepada saya.”benang kepiluan mula membeliti kalbunya.”Apa?? jadi lebam itu ayah awak yang buat?apa sebab ayah masih marah pada awak,Amran?”minda cikgu Balkis di serang pelbagai persoalan kini.’Teganya hati seorang bapa sanggup mendera anak kandungnya sendiri’desis hati kecil cikgu Balkis.
“Ayah marah pada saya kerana dia beranggapan sayalah yang menyebabkan kematian ibu.”benteng pertahanan emosi Amran semakin rapuh lalu pecahlah empangan air matanya yang selama ini setia menakung air matanya itu.

“Amran boleh cikgu bertanya?Ibu amran meninggal kerana apa?”Hati cikgu Balkis tersemat azam untuk membantu anak kecil berusia 10 tahun itu.Bagi Amran amat payah untuknya mengulang kisah lalu namun dia yakin pada keikhlasan dan kejujuran guru muda itu.”Semuanya bermula pada pagi itu ketika saya dan ibu membasuh baju di tepi sungai.”

6 bulan lalu….

“Amran jangan mandi jauh-jauh .Sungai tu dalam airnya.”nasihat ibu pada Amran tidak dipatuhinya.Ketika Amran seronok mandi-manda tiba-tiba badannya terasa ditarik ke dasar sungai. “Ibu!!Ibu!! Tolong !!”dalam keadaan tenggelam timbul Amran sempat memanggil ibunya.Dia melihat ibunya menjerit meminta tolong dan terjun kedasar sungai untuk menyelamatkannya.

“Amran!Ibu datang nak.!”Ibu mencapai tangan Amran dan membawanya hampir ketebing dan di sambut penduduk lain yang sebelum ibu menjerit”Ya Allah,kaki aku kejang!!” sebelum hilang dari pandangan mereka semua.Beberapa penduduk cuba untuk menyelamatkan ibunya tetapi Allah lebih menyayangi ibunya.Ibunya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika di naikkan ke atas tebing. Dadanya berombak kencang.Ada darah turun dari hidungnya.”Amran ,ibu sudah tak kuat lagi.Ibu sayang Amran…”nada suara ibunya kian kendur.Amran mula digigit rasa pilu , lebih-lebih lagi pada detik yang memisahkan mereka.

“ Sejak hari itu hidup saya dilitupi oleh awan kelabu,cikgu.Ya Allah kau ampunkanlah dosa ku pada ibu ku .”Doa itu hanyalah satu permintaan singkat namun besar pada hatinya yang disaluti kesal.Dia berharap suria akan bersinar kembali di dalam hidupnya. Ada simpati yang bertunas di hati cikgu Balkis.’Mungkin dia masih diselimuti kesal ekoran peristiwa itu.’Cikgu Balkis membiarkan Amran melampiaskan sedunya dahulu sebelum berkata:”Amran,mari ikut cikgu.”
“Kemana cikgu?Saya boleh balik ke?”riak resah bersimpang – siur pada wajah cengkung Amran.”Bukan. Cikgu nak ajak Amran ke balai polis.”cikgu Balkis cuba memujuk Amran kerana simpati semakin menebal di dinding hatinya.”Balai polis??.Saya tak mau,tak mau.”kalut di dada Amran semakin bergulung-gulung.”Amran jangan takut.cikgu buat semua ni untuk menyedarkan ayah Amran yang Amran perlukan ayah. Cikgu janji cikgu akan selalu berada disisi Amran.”kata-kata itu umpama sinar di malam kelam buat Amran.’Ya aku mahukan kehidupan seperti duhulu.’

“Malik bin Abu Bakar , mahkamah memutuskan untuk mendakwa tertuduh dengan Akta Kanak-kanak penjara selama 3 tahun berkuat kuasa pada hari tertuduh di tahan mengikut kanun keseksaan kerana memdera kakak-kanak. Tertuduh juga diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri mengikut jadual.Mohd Amran bin Malik akan dipelihara penjaganya Cik Balkis Aqasha binti Mohamad di bawah pemantauan JKM. Makhmah bersurai.”suara lantang hakim yang mengadili kesnya membuatkan rasa syukur berbisik di hati Amran dan Cikgu Balkis.

Kini rasa kasih sayang Cikgu Balkis tertumpah melebihi lautan sedunia kepada Amran,anak angkat rasminya.’Keranamu cikgu Balkis ,awan mendung telah berarak pergi dan aku dapat menikmati cahaya suria lagi.Semoga hidupmu selalu diberkati oleh Yang Mahu Berkuasa.’Itulah doa yang selalu diucapkan Amran seusai solat fardhunya.Dia juga tidak pernah melupakan ayahnya.Mereka selalu menziarahi ayah selalu berdoa akan kesejahteraan ayah.

(1005 patah perkataan)

2 Responses to KARYA PELAJAR

  1. hihi89@yahoo.com says:

    saya sukakan ceritanya…🙂

  2. nur aishah nabilah says:

    Story of Keranamu Cikgu Balkis it is best..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s