LAWATAN KE MEDAN, INDONESIA

PEMANDANGAN DANAU TOBA DARI TEMPAT PENGINAPAN KAMI

Rencana dan Foto Oleh : Mustaffa Siraj

Saya  dan keluarga berpeluang melawat ke Medan, Indonesia selama 4 hari pada minggu lalu (3 hingg 6 Februari 2011). Kami menggunakan pakej pelancongan YADH Travel yang beralamat di Arked MARA, Batu Pahat. Penerbangan  Air Asia memakan masa sejam dari KL  untuk tiba di lapangan Terbang Apolonia, Medan.

Antara tempat menarik di Medan ialah Istana Maimoon, pemerintah Medan satu masa dulu. Kami juga sempat membeli-belah di beberapa toko batik dan Pusat Beli-belah Sogo.

Pada hari kedua, kami meneruskan perjalanan ke Parapat, 5 jam perjalanan dari Medan. Kami melalui pekan Tebing Tinggi dan Permatang Siantar, pekan kecil tetapi sibuk. Parapat merupakan pekan di tepi Danau Toba, tasik yang panjangnya 90 kilometer.

FOTO DI HADAPAN RUMAH ORANG BATAK DI PULAU SAMOSIR

Jurupandu kami,  Encik Bangun memberitahu, tasik itu wujud kesan letusan gunung berapi 75,000 tahun lalu. Ketinggian kira-kira 1,000 dari aras laut. Suhu agak dingin dan tempat penginapan kami, Danau Toba International Cottage tidak memerlukan pendingin udara.

Kami meneruskan perjalanan menaiki bot ke Pulau Samosir, pulau di tengah Danau Toba. Kami melawat perkampungan kaum Batak di Ambarita dan Tomok. Kami diberitahu sejarah masyarakat Batak yang makan  daging manusia satu ketika dulu. Sebenarnya, mereka menghukum mati musuh mereka yang melakukan kejahatan, dan sebagai tanda marah, raja mereka akan minum darahnya dan daging musuh dibahagi-bahagikan untuk dimakan. Orang Batak menggunakan perkataan HORAS! bermaksud Selamat Datang.

Saya dapati pemandu di sana agak sabar dan mereka jarang membunyikan hon. Mereka akan memberi peluang kepada pemandu untuk memotong kenderaan dan tiada yang marah-marah. Seperkara lagi,selama 4 hari di sana, saya tidak menyaksikan sebarang kemalangan jalan raya! Pelik tetapi benar!

Banyak gerai jualan wujud di Pulau Samosir dengan harga berpatutan. Mereka memujuk rayu kami membeli barangan cenderamata. Memang murah dan menarik. Pemandangan di sekitar Danau Toba amat cantik dan sejuk mata memandang!

Seterusnya kami pergi  ke Sumarjurunjung dan Berastagi, pekan tanah tinggi  tiga jam perjalanan dari  Parapat. Malangnya kami tidak dapat pergi ke air terjun Si Piso Piso kerana hujan lebat. Bandar Berastagi ini pada ketinggian 900 meter dan dikelilingi dua gunung berapi. Di pasar Berastagi, kami melihat jualan buah-buahan seperti di Cameron Highland  – strawberi dan limau. Anak-anak saya berpeluang menaiki kereta kuda berpusing di sekitar Berastagi.

Pada hari ketiga, kami berada di bandar Medan. Medan merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Bandar berpenduduk 2 juta orang ini amat sibuk. Ramai juga penjual menjual barangan di jalan raya, terutama di lampu isyarat.

Makanan di Medan hampir sama dengan makanan Nasi Padang yang banyak di negara kita. Lauknya kurang berkuah tetapi lazat bagi kami! Ayam goreng berempah memang sedap!

Pada pagi hari ke empat, kami berangkat ke lapangan terbang Apolonia untuk kembali ke Malaysia – membawa sejuta kenangan manis: Keindahan Danau Toba, keenakan makanan, layanan mesra pemandu pelancong kami dan pelbagai tarikan. Tak rugi rasanya pergi ke sana!

Medan – indah dan menarik!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

9 Responses to LAWATAN KE MEDAN, INDONESIA

  1. rafidah says:

    saya ada booking ticket airasia ke medan pada bulan november ni…blh tak rekomenkan hotel yg bagus..klau ade contact no jurupandu blh bg kat saya tak?? ini adalah pengalaman pertama melancong ke luar negara…

  2. amiey says:

    boleh bg no. tel en.Bangun tak???..apa name tempat penginapan tu….brapa harganya…blh bg no tel tmpat pginapan tu skali tak…tq..:)

  3. dina says:

    thank u ya!

  4. wit says:

    saya ada kenal namanya syaifol ni nombo hp dia 006285275220202 dia boleh bawa jalan dan membeli belah di semua tempat di medan…call aja nombo hp syaifol ni.

  5. SMKPS says:

    Kami dah hilang nombor Encik bangun.. Maaf ya..
    Tentang membeli belah, banyak kedai berdekatan pasar besar Medan.. banyak pilihan.. Kompleks Sogo pun ada

  6. Dina says:

    Thank u for sharing your experience in Medan. Boleh berikan contact no En Bangun pada sy? Thank u.. email ke dinanoormuhd@gmail.com
    Saya dah hilang nombor Encik bangun la.. Sori!

  7. fitrah says:

    boleh tak nak tahu contact number en.Bangun?? coz sy nak wat program di medan
    -email me at fittri_jyhad@yahoo.com

  8. SMKPS says:

    Saya tak ingat nama kedai.. tetapi kedai dekat pasar besar Medan didapati murah.. Juga pelbagai gerai kecil dekat pasar tu.. Boleh tawar sehingga 40%

  9. Hanie says:

    boleh tak rekomenkan saya tempat membeli belah yg murah di medan nih?

Leave a comment