CATATAN PERJALANAN KE AUCKLAND, NEW ZEALAND

PANDANGAN BANDAR AUCKLAND DARI MENARA PANDANG SKY TOWER


Oleh: MUstaffa Siraj
Saya dan isteri berpeluang melancong ke Auckland, New Zealand minggu lalu. Penerbangan dengan pesawat Jetstar selama 15 jam memang meletihkan, dengan jarak 8,000 kilometer. Bagaimanapun, negara yang terkenal dengan sukan ragbi, burung kiwi dan kaum Maori memang menarik untuk dikunjungi.

Auckland merupakan Bandar terbesar di New Zealand, dengan penduduk seramai 1.3 juta orang, sedangkan penduduk NZ hanya 4.3 juta. Auckland terletak di pulau Utara dan terletak dekat dengan laut. Suhunya dingin sekali, sekitar 10 darjah Celcius, terpaksalah berbaju tebal.
Ketika di sana, musim dingin hampir tiba. Memang kedinginan amat dirasakan!

DI PUSAT BANDAR AUCKLAND


Pelawat ke Auckland dianggap tidak sah jika tidak pergi ke Sky Tower, menara setinggi 238 meter dan merupakan menara tertinggi di hemisfera selatan. Di menara pandang Sky Tower, keseluruhan Auckland begitu jelas, dan jambatan Harbour nampak cantik sekali.

Kelly Tarlton Underwater World juga menarik untuk dikunjungi. Di sini boleh melihat ikan lumba-lumba, ikan jerung, burung penguin, burung kiwi, kuda laut, penyu dan ratusan hidupan laut yang lain.

SKY TOWER AUCKLAND


Sepanjang di sana, saya menyewa sebuah kereta untuk memudahkan pergerakan. Pada hari kedua, saya berkereta ke utara Auckland, iaitu ke Bandar Wharange, 170 kilometer di utara. Di situ saya pergi ke hutan lipur dan air terjun Titipunga, yang mempunyai ketinggian 30 meter. Memang nampak cantik.

Di Wharange, kami juga berkunjung ke Muzium Jam Clapham – yang menyimpan koleksi jam sejak zaman penjajahan British di sana pada abad ke 18. Kami juga melawat muzium Maori yang sarat dengan barangan, lukisan dan motif yang menggambarkan kehidupan dan budaya mereka.

AIR TERJUN TITIPUNGA DI WHARANGE


Satu lagi tempat menarik yang dikunjungi ialah Rotorua, kawasan yang amat terkenal dengan kolam air panas, giza, kolam lumpur, gua dan hutan semula jadi. Kawasan itu terletak di kawasan gunung berapi, terletak 240 kilometer ke selatan Auckland. Di sini terdapat Giza Te Puia, yang memancutkan air panas setinggi lebih sepuluh meter. Terdapat dua lagi giza terkenal, iaitu Lady Knox dan Pohutu yang boleh mencecah ketinggian 20 meter. Terdapat juga pertunjukan kebudayaan Maori. Tarian Hakka memang menarik!

GIZA TE PUIO DI ROTORUA


Auckland juga banyak kawasan pantai terkenal, antaranya Pulau Waiheke, Devonport, Bay Of Islands, Pulau Great Barrier dan Matakama. Aktiviti menaiki feri dan bot layar, snorkelling , skuba, berkayak dan mandi manda begitu meluas dijalankan.

Bagi pelancong muslim, rasanya tidak sukar mendapat makanan halal. Saya dapati ada banyak restoran milik usahawan keturunan Pakistan dan Turki yang menjual kebab, nasi Arab dan sebagainya. Terdapat tiga restoran halal yang menyajikan menu Malaysia, iaitu Cinta Malaysia, Angies Kitchen dan Mamak Tapas – yang antara lain menyajikan nasi lemak, nasi ayam dan roti canai. Cuma harganya yang mahal. Nasi ayam berharga NZ$12 (RM27) sepinggan. Roti canai berharga NZ$9 (RM21).

Sepanjang pemanduan di sana, saya dapati pemandu di sekitar Auckland sangat berhati-hati di jalan raya. Tidak ada bunyi hon sesuka hati. Tidak ada yang memecut melebihi 140 kilometer sejam. Dan yang menarik, saya tidak melihat sebarang kemalangan jalan raya sepanjang masa saya di sana! Saya juga jarang-jarang sekali melihat polis berada di sekitar tempat yang saya pergi. Tidak hairanlah New Zealand berada pada kedudukam tiga terbaik di dunia dari segi keselamatan dan keamanan dalam negeri.

PEMANDANGAN INDAH DI DESA OREWA


Untuk penginapan , begitu banyak hotel dan apartmen di sana. Malah kita boleh menyewa campervan atau berkhemah di kawasan yang ditetapkan oleh majlis tempatan. Soal keselamatan memang agak terjamin. Malah apabila saya membaca surat khabar di sana, tidak banyak berita jenayah dilaporkan.

Setelah hampir seminggu di sana, saya pulang membawa sejuta kenangan manis . Auckland menggamit saya kembali. Jika diizinkan Allah!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to CATATAN PERJALANAN KE AUCKLAND, NEW ZEALAND

  1. SMK PENGHULU SAAT says:

    Natrah – baru terbaca tulisan awak.. ada blog ke? kalau ada, boleh kongsi pengalaman di sana.. saya pergi tak lama.. cuma seminggu.. tak sempat pergi pulau selatan.. tentu menarik!

  2. Natrah Shaari says:

    Assalamualaikum… saya dan suami sedang bercuti di Aucklan mulai 27 Mei 2013 yang lalui.. Insy kami akan bertolak balik esok pagi. Alhamdulillah kami sempat melawat Auckland, dan Wellington dan Queenstown di Pulau Selatan . Memang benar segala yg dilihat amat menarik dan menyeronokkan. Insy akan dtg lagi. Tk atas perkongsian…

  3. kaknik says:

    salam zuraidah,kaknik nak g new zealand ikut rombongan cik kiah pada bln sep ni,nak ikut jom,kos nya lebih kurang 7500,bersih,dari kl hubungi blog kaknik atau fb naimah mahmood

  4. SMKPS says:

    Pergi berdua je.. melawat anak saya yang belajar di Universiti Auckland.. Saya main redah je.. Booking tiket sendiri, sewa kereta dan hotel sendiri cari..skrg mudah sebab guna internet je

  5. zuraidah says:

    wow…beshnyer..en mus g sendiri ke rombongan cik kiah? kalau rombongan nk tanyer egen mane hehe

Leave a comment