SMKPS TUAN RUMAH PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA DAERAH BATU PAHAT

Pelajar sedang menjalani latihan praktikal menunggang motosikal

Pelajar sedang menjalani latihan praktikal menunggang motosikal

Foto dan Berita  oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT , 23 Oktober (SMKPS) –  SMK Penghulu Saat menjadi tuan rumah Program Keselamatan Jalan Raya  peringkat daerah Batu Pahat, yang berlangsung pada pagi dan petang ini.

Sebanyak 13 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. Setiap sekolah menghantar 30 pelajar dan 2 guru pengiring. Program anjuran  Bahagian Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan ini dikendalikan oleh Syarikat Fantasia Trading dan Servis yang berpejabat di Ipoh, Perak.

TEKUN... Pelajar sedang  mendengar ceramah keselamatan jalan raya

TEKUN... Pelajar sedang mendengar ceramah keselamatan jalan raya

Pengisian program ialah ceramah keselamatan jalan raya, demonstrasi pemanduan berhemat dan praktikal.  Dalam aspek ceramah, pelajar ditayangkan contoh-contoh pemanduan berhemat. Dalam segmen demostrasi pemanduan, staf syarikat telah menunjukkan cara-cara pemanduan motosikal yang sepatutnya diamalkan oleh para pelajar.

Manakala dalam segmen praktikal, pelajar sendiri diminta menunggang motosikal secara berhemat. 6 buah motosikal disediakan, juga peralatan lain seperti topi keledar dan kon.

PATUHI PERATURAN.. Taklimat diberi kepada para pelajar

PATUHI PERATURAN.. Taklimat diberi kepada para pelajar

Antara sekolah-sekolah yang turut serta pada hari ini ialah SMK Dato Sulaiman, SMK Convent, SMk Seri Medan, SMK Tun Aminah, SMK Semerah dan SMK Dato Bentara Luar.

Program sehari ini berakhir jam 5 petang dan dapat berjalan mengikut jadual.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

1 Response to SMKPS TUAN RUMAH PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA DAERAH BATU PAHAT

  1. marina4B says:

    Seronok juga program ni. Waktu praktikal lagi seronok. Dapat belajar memandu dgn betul n dapat rasa bawa motor canggih.hehehe.. Tambah2 lagi abang2 yang ajar tu sporting2 belaka. Walaupun kena ejek sebab mcm2 gelagat masa praktikal, tapi kami rasa seronok sangat. Rugi siapa yang tak ikut program ni. Kpd cikgu Loqman terima kasih kerana pilih kami utk program ni..

Leave a comment